Skip to main content

Penganalisis Jangka Harga Kereta Naik Berperingkat

   Sumber Foto : Micron Technology


AUTOMOTIF | Harga kenderaan dijangka meningkat sberansur-ansur berdasarkan kepada lonjakan ketara dalam kos pengeluarannya serta berakhirnya tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 30 Jun 2022, kata Penganalisis RHB Investment Bank Bhd.


Dalam satu nota penyelidikannya pada 18 Julai 2022, Jim Lim Khai Xhiang berkata industri automotif ketika ini berdepan dengan kenaikan harga komponen kereta.


Jelasnya ini menjadikan prinsipal dan pengedar mungkin menggunakan model baharu dan versi dipertingkat untuk menaikkan harga kereta agar mereka dapat mengalihkan kos input lebih tinggi.


"Selain itu, pelanggan kini perlu menampung SST untuk kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU).


"Tambahan lagi, reformasi duti eksais mungkin menambah harga kereta sebanyak lapan hingga 20 peratus pada 2023," katanya 


Khai Xhiang berkata, walau bagaimanapun, pihaknya ambil maklum bahawa pihak pengurusan bagi pengeluar kereta kebangsaan gusar kerana mereka tiada ruang mencukupi untuk menaikkan harga kereta.


Proton Holdings Bhd (PROTON) sebelum ini menyatakan pihaknya masih bertahan untuk tidak menaikkan harga kenderaannya walaupun berdepan dengan peningkatan ketara dalam kos pengeluarannya.


Secara dasarnya, PROTON berdepan dengan lonjakan kos pengeluaran daripada bahan mentah sehinggalah logistik.


Ini membuatkan PROTON terpaksa menampung kenaikan itu tanpa memberikan bebanan kepada pembeli.


Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 20 Jun 2022 mengumumkan tarikh akhir pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang kekal pada 30 Jun 2022, namun tempoh pendaftaran kenderaan bagi menikmati insentif pengecualian cukai itu dilanjutkan sehingga 31 Mac 2023.


Tengku Zafrul berkata, lanjutan tempoh pendaftaran kenderaan itu adalah satu penyelesaian titik tengah bagi mengimbangi kepentingan pengguna dan hasil cukai negara yang perlu ditingkatkan semula pascapandemik untuk memastikan kebajikan rakyat serta kesejahteraan ekonomi negara terus terpelihara.


Sementara itu, Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Hafriz Hezry, berkata perubahan dalam nilai pasaran terbuka (OMV) kenderaan boleh menyebabkan harga CKD meningkat lapan hingga 20 peratus.


Beliau berkata, definisi OMV baharu difahamkan merangkumi kos jualan seperti promosi dan pengiklanan, pemasaran, waranti dan komisen melebihi kos pembuatan sebelum ini.


"Pangkalan OMV yang lebih tinggi di mana duti eksais dikenakan. Oleh itu dijangka menyebabkan kenaikan duti eksais yang dikenakan.


"Ini adalah potensi risiko kepada kos duti sektor auto dan akhirnya jumlah jualan jika diteruskan.


"Namun kami percaya bahawa kerajaan harus mempertimbangkan mekanisme rebat untuk asas OMV tambahan yang datang daripada kos berkaitan jualan, yang kebanyakannya ditanggung pemain tempatan dan akhirnya memberikan nilai tambah kepada ekonomi domestik," katanya dalam satu nota penyelidikan.


Hafriz berkata, walau apapun, sebarang perubahan hanya perlu dilakukan secara beransur-ansur untuk membolehkan pemain industri dan pasaran menyesuaikan diri dengan perubahan.

Comments

Popular posts from this blog

PERODUA Giat Penuhi Pesanan Tertunggak, Pastikan Pelanggan Dapat Manfaat

    Sumber Grafik : Perodua AUTOMOTIF | Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) cuba memenuhi pesanan tertunggak yang masih tinggi bagi memastikan pelanggan terus mendapat manfaat daripada pengecualian cukai jualan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya. Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan media pada 21 Jun 2022 berkata antara isu yang masih memberi kesan kepada industri automotif tempatan termasuklah impak COVID-19, kekurangan komponen dan kekurangan tenaga kerja. "Isu ini masih lagi ditangani yang mana PERODUA dan pembekal kami sedang mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian dan lanjutan masa untuk mendaftarkan kenderaan yang ditempah memberi kami ruang yang amat diperlukan untuk mengatasi isu terbabit," katanya. Zainal Abidin berkata, pengumuman lanjutan pengecualian cukai jualan bagi kenderaan tempah sebelum 1 Julai dan didaftarkan sehingga 31 Mac 2023 memberi jaminan bahawa pelanggan akan dapat menikmati insentif yang telah membantu industri sejak tah...

PROTON Rekod Jualan Terbaik Pada Jun 2022, Lonjak 51 Peratus

       Sumber Foto : Facebook Proton Cars AUTOMOTIF |  PROTON mencatatkan prestasi bulanan terbaik pada Jun merangkumi jualan domestik dan eksport sebanyak 14,787 unit, selari dengan usaha syarikat secara berterusan untuk menyelesaikan isu bekalan komponen. Prestasi itu adalah peningkatan sebanyak 51 peratus berbanding bulan sebelumnya dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan separuh tahun pertama kepada 60,124 unit, peningkatan sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Jun adalah bulan yang sibuk bagi industri automotif dengan kebanyakan jenama berusaha mengeluarkan sebanyak mungkin kenderaan bagi memenuhi permintaan pasaran. Beliau berkata, pengumuman bahawa insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan berakhir pada 1 Julai juga mendorong tempahan apabila pelanggan bergegas mengambil kesempatan daripada penjimatan yang ditawarkan. Katanya, PROTON menerima lebih daripada ...