Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2022

Penganalisis Jangka Harga Kereta Naik Berperingkat

   Sumber Foto : Micron Technology AUTOMOTIF | Harga kenderaan dijangka meningkat sberansur-ansur berdasarkan kepada lonjakan ketara dalam kos pengeluarannya serta berakhirnya tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 30 Jun 2022, kata Penganalisis RHB Investment Bank Bhd. Dalam satu nota penyelidikannya pada 18 Julai 2022, Jim Lim Khai Xhiang berkata industri automotif ketika ini berdepan dengan kenaikan harga komponen kereta. Jelasnya ini menjadikan prinsipal dan pengedar mungkin menggunakan model baharu dan versi dipertingkat untuk menaikkan harga kereta agar mereka dapat mengalihkan kos input lebih tinggi. "Selain itu, pelanggan kini perlu menampung SST untuk kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU). "Tambahan lagi, reformasi duti eksais mungkin menambah harga kereta sebanyak lapan hingga 20 peratus pada 2023," katanya  Khai Xhiang berkata, walau bagaimanapun, pihaknya ambil maklum bahawa pihak pengurusan bagi pen...

PROTON Rekod Jualan Terbaik Pada Jun 2022, Lonjak 51 Peratus

       Sumber Foto : Facebook Proton Cars AUTOMOTIF |  PROTON mencatatkan prestasi bulanan terbaik pada Jun merangkumi jualan domestik dan eksport sebanyak 14,787 unit, selari dengan usaha syarikat secara berterusan untuk menyelesaikan isu bekalan komponen. Prestasi itu adalah peningkatan sebanyak 51 peratus berbanding bulan sebelumnya dan seterusnya meningkatkan jumlah jualan separuh tahun pertama kepada 60,124 unit, peningkatan sebanyak 3.9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah, berkata Jun adalah bulan yang sibuk bagi industri automotif dengan kebanyakan jenama berusaha mengeluarkan sebanyak mungkin kenderaan bagi memenuhi permintaan pasaran. Beliau berkata, pengumuman bahawa insentif cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan berakhir pada 1 Julai juga mendorong tempahan apabila pelanggan bergegas mengambil kesempatan daripada penjimatan yang ditawarkan. Katanya, PROTON menerima lebih daripada ...