Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2022

PERODUA Giat Penuhi Pesanan Tertunggak, Pastikan Pelanggan Dapat Manfaat

    Sumber Grafik : Perodua AUTOMOTIF | Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) cuba memenuhi pesanan tertunggak yang masih tinggi bagi memastikan pelanggan terus mendapat manfaat daripada pengecualian cukai jualan, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya. Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan media pada 21 Jun 2022 berkata antara isu yang masih memberi kesan kepada industri automotif tempatan termasuklah impak COVID-19, kekurangan komponen dan kekurangan tenaga kerja. "Isu ini masih lagi ditangani yang mana PERODUA dan pembekal kami sedang mencari jalan penyelesaian yang bersesuaian dan lanjutan masa untuk mendaftarkan kenderaan yang ditempah memberi kami ruang yang amat diperlukan untuk mengatasi isu terbabit," katanya. Zainal Abidin berkata, pengumuman lanjutan pengecualian cukai jualan bagi kenderaan tempah sebelum 1 Julai dan didaftarkan sehingga 31 Mac 2023 memberi jaminan bahawa pelanggan akan dapat menikmati insentif yang telah membantu industri sejak tah...

PROTON Hentikan Tempahan Jika Capai Had Upaya Pengeluaran

   Sumber Grafik : facebook Proton Cars AUTOMOTIF | Proton Holdings Bhd (PROTON) mengambil kira jumlah tempahan sedia ada dan diterima sebelum 30 Jun 2022 bagi memastikan ia berupaya mendaftar dan menyerahkan semua model termasuk produk terlarisnya, Proton X50 dapat dibuat sebelum 1 April 2023, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya. BH Online pada 21 Jun 2022 melaporkan Roslan Abdullah, berkata bagi mengelakkan sebarang isu, PROTON tidak lagi menerima tempahan sekiranya model tertentu mencapai keupayaan pengeluaran sehingga 31 Mac 2023. "Langkah itu dilaksanakan pengeluar kereta nasional bagi membolehkan pelanggannya menerima model yang dimahukan seterusnya menikmati insentif pengecualian cukai jualan," katanya. Roslan berkata, secara umumnya tempoh menunggu bagi model Proton adalah sekitar dua bulan bagi model Proton X70, Persona, Iriz, Exora dan Saga tertakluk kepada pilihan warna dan varian. "Bagi Proton X50 pula, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 bulan dan jug...